Sunday 15 September 2013

Swiss roll ice cream cake


Selamat Hari minggu diucapkan. :)

Rasanya dah lama kami tak update blog kan.hee

Tengah2 meng"google" tadi terjumpa la satu resepi
yang pastinya membuatkan anda ingin mencubanya di rumah.
Terus kami kongsikan di blog ni.

Resepi by Puteri Manja ni diberi nama 
"swiss roll ice cream cake"
yang sangat2 simple dan boleh cuba sendiri di rumah.

Jom lihat gambar cara2 nak membuatnya.


Bahan & Barang2 yang diperlukan:
~ Swiss roll kek yang boleh dibeli di kedai2 kek (buat sendiri pun bole juga)
~Ice cream (tak kisah perisa apa pun)
~stainless bowl
~plastic wrap





Cara2 membuat:

1. Balut mangkuk dengan plastic wrap.
2. Potong kek dan susunkan ke dalam mangkuk sehingga tiada ruang kosong di antara kek2 tersebut.
3. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
4. Keluarkan mangkuk dari peti sejuk dan cepat2 masukkan ais krim pilihan anda. Sapu sehingga rata.
5. Tutup bahagian atas ais krim dengan lapisan kek lagi.
6. Akhir sekali, masukkan kek ke dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.






Contoh lain swiss roll ice cream cake


Menarik kan?

Apa lagi..jom la cuba
Sedap sangat kalo dapat makan petang2 cmni :)




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Dan Berkunjung Ke Blog Ini

No comments:

Post a Comment